Please don't judge me. You don't know me. Just read and leave.

Saturday, September 14, 2013

Luahan Seorang Gadis..

Aku seorang yang sentiasa mencuba untuk memahami perasaan orang lain,
Tetapi adakah 'orang lain' tersebut pernah mencuba untuk memahami perasaan aku?
Tahun demi tahun, aku menutup kesedihan aku daripada mereka semua,
Aku tetap bersabar dan meneruskan hhidupku ini seperti biasa,
Aku bukan sengaja tidak mahu menceritakan luahan mahupun perasaan ini,
Aku cuma tidak mahu mereka semua menilai diri ku ini dengan salah dan memikir benda yang bukan-bukan,
Aku juga tidak mahu menambahkan lagi masalah mereka dan menyinggung perasaan mereka,
Maklumlah, siapalah aku ini?
Aku hanya manusia biasa yang tiada nilainya,
Aku lebih rela, aku yang disakiti walaupun aku benci dengan perasaan sebegitu,
Aku dah muak dengan perasaan sebegitu,
Aku hanya seorang perempuan biasa dan nasib ku selalu malang,
Tidak mengapalah. Asalkan hidup mereka bahagia,
Aku juga berharap agar kesabaran dan kesedihan ku ini tidak sia-sia pada suatu hari nanti,
Amin.

No comments:

Post a Comment